Kepada Peminat BISNES INTERNET # 11

by Mohamad Nazrul | 11:57 PM in | comments (0)

Pelajari 3 perkara INi!!!

by Mohamad Nazrul | 10:31 PM in | comments (0)

aku faham dengan nasib dan masalah korang kerana telah
menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan
produk-produk ini yang di harap dapat mengubah nasib mereka. Tetapi
sebaliknya yang berlaku.

Mungkin korang juga pernah mengalami nasib yang sama?

Nasihat kepada anda ialah berhentilah daripada terus membeli
produk-produk lain! Cuba anda buka balik produk-produk yang telah
anda laburkan dan baca balik sehingga anda betul-betul faham. Buat
sedikit study dan praktikkan apa yang telah di ajar di dalam produk
tersebut.

Jika masih tidak berjaya, cubalah laburkan sedikit wang untuk hadir
ke seminar, mungkin anda seorang yang tidak boleh berjaya hanya
dengan membaca produk dan memerlukan tunjuk ajar langkah demi
langkah.

Jika masih tidak berjaya, cubalah laburkan sedikit wang untuk
belajar "personal coaching" secara bersemuka dengan
individu-individu yang di percayai. Tidak semestinya individu
tersebut adalah jutawan tetapi biarlah individu tersebut ikhlas
untuk membantu anda.

jangan Salah Sangka

by Mohamad Nazrul | 9:50 AM in | comments (0)

Pada kali ini, saya ingin mengetengahkan satu tanggapan yang
silap masyarakat kita terhadap jutawan. Oh, bukan semua jutawan
tetapi khusus buat jutawan yang tidak mendapat pendidikan tinggi.
Mungkin ada jutawan yang hanya belajar setakat darjah 6, ataupun
setakat SPM ataupun langsung tak bersekolah.

Ramai masyarakat kita menganggap jutawan sebegini tidak berilmu dan
melabelkan mereka "bodoh". Bagi sesetengah masyarakat kita
menganggap mereka menjadi jutawan adalah kerana nasib dan bukan
kerana kebijaksanaan mereka.

Adakah korang juga menganggap mereka begitu?

Sebenarnya itu semua SILAP besar. Hakikat yang kita semua perlu
terima ialah kita tidak boleh menjadi jutawan tanpa memiliki ilmu.
Ilmu sangat penting dan ilmu tidak sepatutnya hanya diukur melalui
sijil Diploma, Degree, Master dan sebagainya. Banyak lagi ilmu lain
yang sebenarnya lebih penting untuk kita terus berjuang di dalam
dunia ini.

Cuba kita renungi kata-kata oleh C.K Brightbill iaitu "Masa hadapan
yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan,
tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa
lapangnya dengan bijaksana"
.

Kita boleh dapat ilmu di mana sahaja dan kebanyakkan ilmu
perniagaan tidak di ajar di mana-mana sekolah atau universiti.
Istilah yang digunakkan untuk ilmu-ilmu ini ialah "the missing
chapter". Kita lihat contoh Lim Goh Tong yang langsung tidak pandai
membaca tetapi beliau mampu menjadi jutawan kerana beliau lebih
berilmu daripada kita. Itulah hakikatnya!

Akhir kata, jika selepas ini anda melihat orang yang berniaga pasar
malam, jangan cepat untuk menghukum bahawa mereka tidak
berpelajaran kerana mereka mungkin seorang jutawan senyap. Ini
bermakna mereka juga berilmu. Jika selepas ini anda melihat orang
yang berniaga dikota-kota, jangan pula melabelkan mereka sebagai
orang yang bodoh kerana mungkin mereka sudah mencapai status bebas
kewangan tetapi kita terus dibelenggu hutang.

GAGAL DALAM INTERNET BUSINESS

by Mohamad Nazrul | 2:42 AM in | comments (0)

Ayuh kita selami dan menghayati apakah yang dimaksudkan denganmenceburi bidang perniagaan. Bagi saya perniagaan adalah satubidang dimana dia tidak melihat apakah kelayakkan anda sama adaanda mempunyai Diploma, Degree, Master dan sebagainya. Apa yangbidang ini tahu ialah kegagalan dan kejayaan adalah terletak ditangan anda.

Menceburi bidang perniagaan bukanlah seperti menceburi rancanganrealiti TV yang inginkan populariti tetapi anda perlu bersiap sediauntuk berjuang setiap masa dengan masalah dan cabaran. Andaterpaksa korbankan masa, tenaga malah mungkin juga keluarga! Inilahhakikatnya perniagaan dan keadaan ini juga sebenarnya sama denganperniagaan Internet. Walaupun kita berurus niaga melalui Internettetapi ia tetaplah satu bidang perniagaan yang penuh mencabar.Sebab itulah ia dipanggil perniagaan Internet dan bukannya sukanInternet!

Bagaimanapun sebagai usahawan menganggap cabaran itu satukeseronokkan dan makanan harian bagi mereke. Ini kerana mereke percayabahawa suatu hari nanti segala kesusahan ini akan terbalas dengankesenangan. Tak dapat balasannya di dunia tak mengapa kerana pastiakan mendapat balasannya di akhirat nanti :)Jika selepas ini ada orang bertanya kenapa anda gagal di dalamperniagaan Internet? Jawapannya mudah iaitu kerana anda menceburibidang perniagaan dan bukannya bermain sukan bola tepi pantai oh!

Memilih web hosting

by Mohamad Nazrul | 2:32 AM in | comments (0)

Baiklah kami ada beberapa tip ringkas buat anda bagaimana untukmemiliki hosting sendiri yang tidak mendatangkan masalah kepadaanda. Sebelum itu eloklah kami terangkan kepada anda secara ringkasapakah itu domain dan hosting.Baiklah secara ringkas, domain secara analoginya ialah sepertimananama kedai bagi perniagaan anda. Ia adalahsatu nama khas untuk orang melawati web anda kelak.Hosting pula secara analoginya ialah sebagai ruang kedai untuk anda sewa. Kalau anda ingin berniaga batik sudah tentu anda perlukan ruang kedai yang perlu untuk anda letakkan kain batik maka ruangkedai ini dipanggil sebagai hosting. Ruang kedai pula mengikut kemampuan anda dan jika anda berduit maka anda boleh memilih untukmenyewa ruang yang besar.Namun, ramai yang menghantar email kepada kami supaya berkongsi tipbagaimana untuk membeli hosting sendiri. Baiklah kami akanmenyentuh tip ini dari beberapa segi...

1) Dari segi harga. Janganlah terpikat dan membeli ruangan hostingyang ditawarkan dengan harga yang murah. Pastikan anda membelihosting dengan harga yang standard ataupun agak mahal asalkankualitinya terjamin.Kami pernah tengok orang menawarkan hosting dengan harga RM1setahun! Oh, memang sangat murah tetapi lihat siapakah yangmenawarkan harga tersebut. Jika syarikat yang stabil pun tidakmenawarkan harga yang tidak masuk akal begitu, inikan pula syarikatyang baru hendak bertapak?Ringkasnya pilih yang berpatutan dan bukannya MURAH yang akhirnyaakan memberi kesan lain kepada anda.

2) Dari segi ruang. Sekarang banyak pihak syarikat penyedia hostingmenyediakan ruangan yang agak besar dan nasihat kami ialah andapilih yang minimum terlebih dahulu. Jika anda masih baru maka pilihyang paling minum terlebih dahulu dan anggaplah ini merupakantempoh belajar bagi anda.Jangan bimbang kerana anda boleh upgrade ke spesifikasi yang lebihtinggi pada bila-bila masa sahaja. Asalkan ada duit semua jalan. :)

3) Dari segi support. Pastikan anda memilih syarikat penyediahosting yang memberikan anda support yang bagus. Biasanya syarikatyang sudah bertahun-tahun bertapak akan memberikan support yangbagus. Jangan pilih syarikat hosting yang tidak memberikan supportyang bagus kerana anda adalah orang yang baru dan banyak masalahyang anda akan hadapi.Jadi dengan support yang bagus disediakan, secara tidak langsungmemendekkan "learning curve" anda. Kami sendiri lebih suka bayarlebih asalkan mendapat support yang bagus daripada pihak penyediahosting kerana banyak benda yang kita tidak tahu dalam mengguruskanwebhosting.

jom jadi cowboy

by Mohamad Nazrul | 1:25 AM in | comments (0)

Dalam perniagaan, jangan sesekali berasa selesa dengan apa yang anda miliki atau capai sekarang. Sekiranya anda berfikiran demikian, maka anda tidak mempunyai daya motivasi dan daya saing untuk meningkatkan atau mengembangkan perniagaan anda ke peringkatyang lebih tinggi. Dalam perniagaan, sekirannya anda tidak bergerak, anda akan ditumpaskan oleh pesaing anda! Pepatah Inggeris ada menyebut "A moving target is harder to getshot."Jadi nasihat kami, kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, luaskan pasaran anda dan juga perbaiki produk anda. Akhir kata, lakukan apa sahaja untuk menningkatkan perniagaan anda asalkan anda tidak berasa selesa dengan keadaan semasa. Mana tahu,sekirang anda berasa selesa dan langsung tak bergerak makapesaing-pesaing anda sedang memasang perangkap untuk menjatuhkan anda. ;)

Blog Archive

SHOUT HERE


ShoutMix chat widget

Followers

Hit Me

free web counter

Security